Perkara yang sering menjadi adat dikalangan masyarakat kita ialah memasak BuBur Asura pada 10 Muharam. Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat sahih berlaku pada 10 Muharam; kematian firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a pada Jumaat 10 Muharam 61 Hijrah di Karbala. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Mengikut sunnah adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s dari buruan firaun.
Sempena dengan peristiwa itulah masyarakat kita menyediakan sejenis hidangan yang amat masyur pada bulan Muharam. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid untuk agihan kepada jemaah sebagai hidang.
Tarikh laksana aktiviti pada 21 Januari 2010